Sunday, January 14, 2024

TOK KENALI: MASYHUR NAMANYA DI BUMI KELANTAN

    Kelantan merupakan sebuah negeri yang sering disebut sebagai Negeri Kelantan Bumi Serambi Mekah. Hal ini demikian kerana terdapatnya golongan ulama dan pondok-pondok yang dibangunkan di bumi Serambi Mekah ini. Antara tokoh ulama yang terkenal di Bumi Serambi Mekah ini ialah Tok Kenali atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf bin Ahmad. Beliau merupakan seorang ulama, guru agama Islam, tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia dan pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara pada awal abad ke-20. Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. 

    Tok Kenali bukan sahaja dikenali oleh namanya akan tetapi keperibadian dan sifat-sifatnya yang murni. Beliau merupakan seorang anak yang sangat menghorrmati dan memuliakan ibunya, pemurah, merendah diri, dan hidup dalam keadaan sederhana. Beliau dikenali sebagai wali atau seorang sufi disebabkan oleh peristiwa yang luar biasa berlaku kepada dirinya dan beliau juga tidak menginginkan kemegahan dan kesenangan dalam kehidupannya. Selain itu, Tok Kenali juga telah menubuhkan satu sistem persekolahan semasa hayatnya, iaitu sistem pondok. Sistem pondok ini menggunakan bahan-bahan pelajaran yang berdasarkan kitab. Tertubuhnya sistem pondok ini telah melahirkan para guru pondok dan kemudiannya tersebar ke seluruh nusantara, iaitu mereka menghidupkan sistem pondok dan ajaran agama Islam berdasarkan kitab-kitab. Seterusnya, dengan tertubuhnya Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1915M, merupakan nasihat daripada Tok Kenali. Keberkatan usaha beliau dalam pembangunan dan agama Islam telah menjadi pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian pada 1920M dan Sekolah Melayu Mentuan. Di samping itu, Tok Kenali juga melontarkan kata-kata hikmat bak mutiara gugur dari untainya, iaitu:

        "Orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu" dan "Mengkaji sendiri ialah punca                  kemajuan dalam pembelajaran".

    Jasa beliau dalam masyarakat telah menjadi asbab Tok Kenali dikenali oleh masyarakat setempat. Keperibadian beliau menunjukkan satu sisi tokoh ulama yang patut dicontohi oleh masyarakat tidak kira warga emas mahupun generasi muda. Kini, nama beliau menjadi sebutan dan ingatan dalam masyarakat dari zaman ke zaman.

No comments:

Post a Comment

BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

     Dunia sastera ialah bidang yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Bidang sastera mengajar kita erti bagaimana penghasilan sebuah ...