Sunday, January 14, 2024

PAKAR MOTIVASI: PROF. DR MUHAYA


     Datuk Prof. Dr Che Muhaya binti Haji Muhammad berasal dari Kampung Ladang, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada 1 Disember 1958. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di National University of Singapore pada tahun 1998 dan mendapatkan PhD dalam bidang Ocular Immunology di University London. Kini, beliau mempunyai klinik sendiri, iaitu Pusat Mata dan Lasik Prof. Muhaya. Meskipun beliau merupakan seorang pakar perubatan, namun beliau juga pakar motivasi yang sering memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kata-katanya yang positif tentang hubungan kekeluargaan dan sebagainya.

    Prof. Dr Muhaya merupakan seorang wanita yang hebat kerana beliau telah dianugerahkan pelbagai anugerah seperti Pingat Jasa Negara (PJN) (2016), Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015), Tokoh Ilmuwan Selangor (2010), dan Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015). Selain itu, beliau juga sentiasa berada di kaca televisyen dan alunan suara radio dalam memberi kata-kata motivasi dan sokongan kepada masyarakat di luar. Kini, beliau menjadikan aplikasi sosial medianya sebagai medium dalam memberi motivasi kepada masyarakat untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik dan positif terhadap sesuatu perkara. Antara kata-kata beliau yang dapat kita ambil sebagai pedoman hidup ialah:

        "Siapa pandang dunia, akhirat dia takkan nampak... tapi siapa yang kejar akhirat, dunia akan
          kejar dia"

        "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman"

        "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita ialah kapal yang belayar di lautan, telah ramai
          kapal karam didalamnya... andai muatan kita ialah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita
          akan selamat daripada tersesat di lautan hidup ini."

    Kata-kata daripada Prof. Dr Muhaya telah memberi kesan yang mendalam kepada seseorang yang berada dalam kesempitan hidup. Kata-kata beliau yang sentiasa mengingatkan masyarakat untuk melakukan transformasi minda daripada negatif kepada positif, bersangka baik dan berusaha untuk berubah telah memberi impak yang positif kepada masyarakat tidak kira latar belakang, umur dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

BBK3410: PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

     Dunia sastera ialah bidang yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Bidang sastera mengajar kita erti bagaimana penghasilan sebuah ...