Tidak sah ke Kuala Terengganu, jika tidak datang membeli di Pasar Payang! Itulah ungkapan yang sering dilontarkan oleh masyarakat Terengganu kepada masyarakat luar Terengganu bahkan pelancong dari luar negara. Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu dan merupakan tumpuan para pelancong yang datang ke Kuala Terengganu. Terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti barangan basah, kering, barang kemas, kraf tangan dan pakaian. Barang kesenian dan kebudayaan masyarakat Melayu juga ada di pasar ini. Antara barangan yang sering menjadi tumpuan Aku ketika berada di dalam pasar ini ialah sutera dan batik Terengganu. Terengganu merupakan negeri yang terkenal dengan penghasilan batik. Di sini, corak busana batik adalah sangat cantik tidak kira baju batik perempuan mahupun lelaki dan sesuai dijadikan cenderahati kepada ibu, kakak, bapa dan sebagainya. Dari harga yang murah sehinggalah harga yang mahal.
Terdapat juga pelbagai makanan dan manisan tradisional yang dijual di Pasar Payang ini. Akok, dodol, lepuk durian, keropok dan lain-lain lagi. Hal ini menjadikan Pasar Payang sebagai tempat wisata tidak kira generasi muda mahupun tua kerana mempunyai nostalgia dari segi makanan tradisional. Hal ini kerana makanan tradisional Melayu semakin dilupakan disebabkan oleh arus kemodenan, namun di sini masih lagi terdapat makanan dan manisan tradisional Melayu yang tak lupa dek zaman. Selain itu, Pasar Payang juga terdapat pelbagai kedai makanan yang menghadap Pesisir Payang. Orang kata "sambil makan sambil menikmati keindahan air laut di Pesisir Payang. Di sini, menjadi tempat pelancongan kepada masyarakat luar Terengganu untuk dijadikan sebagai kenangan ketika berada di Pasar Besar Payang dan Kuala Terengganu. Memori indah bersama keluarga dapat dipotret di sini.
Pasar Besar Kedai Payang ini adalah sangat sesuai dijadikan tempat pelancongan dan tarikan para wisata. Masyarakat luar dari kawasan Terengganu perlu mengunjungi Pasar Payang ini sebagai salah satu lokasi dan destinasi yang patut dikunjungi kerana tempat ini mempunyai pelbagai nostalgia dari segi makanan dan pakaian tradisional.
No comments:
Post a Comment