привет! Hello
Fuh!! Cantiknya bumi di kutub utara dunia ini. Menghadap Teluk Finskiy yang indah dengan air laut yang bergelora dari Laut Baltik. Mungkin ramai orang di luar sana tidak pernah mendengar nama Saint Petersburg. Walaupun namanya tidak semegah Paris, New York, dan Seoul, namun namanya tetap dalam senarai kunjungan Aku pada suatu hari nanti. Indah pemandangan pada waktu salju, dengan cahaya-cahaya menyinari yang terpancar dari bangunan-bangunan di situ membuatkan Aku tidak sabar untuk melangkah kaki ke sana. Insyaallah! Saint Petersburg atau nama lainnya, iaitu Petrograd dan Leningrad merupakan bandar raya kedua terbesar di utara negara Rusia. Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya, iaitu Tsar Peter I dan menjadikan St. petersburg sebagai ibu negara Empayar Rusia pada ketika dahulu. Selepas Revolusi Rusia 1918, ibu negara baharu Kesatuan Soviet dipindahkan ke Moscow. Kota St. Petersburg merupakan pusat pemerintahan Oblast Leningrad dan terletak di tepi Sungai Neva dan Teluk Finskiy. Di kota ini, mempunyai tempat-tempat bersejarah dan menarik, namun Aku hanya mampu memandang melalui carian di internet. Tapi, Insyaallah pada suatu masa nanti Aku juga mampu merasai dan memandang Kota St. Petersburg yang begitu nian indah sekali. Antara tempat yang menarik di kota St. Petersburg ialah Muzium Hermitage yang terpapar gambar bangunannya di atas halaman ini. Cantik dan megah bangunan muzium itu. Muzium ini kaya dengan pelbagai koleksi lukisan, patung, dan permaidani dari seluruh dunia.
Selain itu, The Bronze Horseman atau Patung TsarPeter yang Agung menjadi tarikan pelancong kerana ia merupakan salah satu ikon utama di kota Saint Petersburg ini. Tugu ini menggambarkan Raja Peter the Great menunggang kuda di tepi tebing dan kudanya telah memijak seekor ular, iaitu simbolik kepada musuh Rusia.
Seterusnya, Terusan St. Petersburg atau dikenali sebagai "Venice of the North" kerana kota Saint Petersburg ini menjadi pelabuhan penting di hemisfera utara. Peterhof Palace juga merupakan tempat menarik yang perlu dikunjungi kerana di sini dilengkapi dengan binaan pancutan air. Peterhof dikenali dengan nama "Versailles of Rusia" disebabkan oleh ilham pembinaan istana ini selepas lawatan Peter the Great ke Versailles, Perancis. Peterhof Palace merupakan istana musim panas keluarga diraja Rusia.
Akhir sekali, tempat menarik di Rusia ialah Church of the Savior on Spilled Blood. Gereja ini mempunyai corak bangunan yang cantik dan warna-warni. Gereja ini dibina sebagai memperingati peristiwa Raja Alexander II yang cedera parah diserang oleh pihak fahaman atau falsafah ke atas monarki itu. Seni bina gereja ini menyerupai St. Basil's Cathedral di Moscow.
Tidak bermakna jika Aku tidak mengunjungi tempat-tempat tersebut di Kota Saint Petersburg yang memukau Aku dengan sejarah, kebudayaan, dan seni bina yang cantik. Aku berharap suatu masa nanti kakiku ini dapat melangkah ke bumi hemisfera utara itu. Aku tidak sabar menunggu pengalaman berada di Kota Saint Petersburg.




No comments:
Post a Comment